Piagam Pelanggan


Kami warga  SK SENIBAI dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk:-

  • Memastikan semua murid mendapat layanan yang sama serta pendidikan yang sempurna sesuai dengan konsep pendemokrasian pendidikan.
  • Meningkatkan pencapaian akademik sahsiah, disiplin dan kokurikulum di samping  menitikberatkan keselamatan dan kebajikan murid dalam persekitaran sekolah yang kondusif.
  • Merealisasikan kemenjadian murid yang cemerlang berasaskan SKPMdengan sikap positif dan mempunyai kebolehan dalam pelbagai lapangan.
  • Mewujudkan komunikasi berkesan dan mesra di kalangan staf serta menjamin keselamatan disamping prihatin terhadap kebajikan, peluang peningkatan kerjaya dan profesionalisme serta memberi penghargaan yang sewajarnya.
  • Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan yang cekap, berkesan, canggih dan berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan.
  • Sentiasa menjalin interaksi padu dengan ibu bapa, masyarakat serta komuniti sosial yang lain ke arah kemajuan dan perkembangan sekolah.
  • Memastikan aspek pengurusan dan pentadbiran lebih responsif dan reaktif dengan sentiasa menerima dan mengalu-alukan pandangan, syor serta teguran membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan kecemerlangan pendidikan.
  • Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan yang cekap, berkesan, canggih dan berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan.

Comments

Popular posts from this blog

Jemputan Ke Rumah Terbuka Aidilfitri