Perutusan Guru Besar


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah. Ucapan sekalung tahniah kepada Jawatankuasa Pembangunan Laman Web, Sekolah Kebangsaan Senibai atas kejayaan membangunkan laman web ini. Saya yakin dan percaya dengan kombinasi antara staf dan guru di sekolah ini serta perancangan yang teliti dapat menghasilkan laman web ini selaras dengan transformasi pendidikan yang diuar-uarkan.

Globalisasi atau dunia tanpa sempadan dalam abad ke-21 ini amat penting melalui internet dapat mengakses pelbagai maklumat yang disalurkan dengan mudah dan cepat tanpa dibatasi oleh sempadan geografi. Kewujudan laman web bagi sesebuah sekolah itu amat perlu. Melaluinya, pelbagai maklumat seperti profil sekolah, maklumat kakitangan, aktiviti sekolah dan sebagainya dapat disalurkan kepada pengguna dari semasa ke semasa. Selain itu kemudahan perkhidmatan atas talian seperti borang elektornik merupakan faktor utama dimana sesuatu laman web akan sentiasa dikunjungi oleh pengguna internet. Namun begitu kesahihan setiap maklumat yang disalurkan amatlah penting dan perlu diberi perhatian.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua yang terlibat serta komitmen yang ditunjukkan dalam membangunkan laman web ini. Semoga laman web ini akan sentiasa dikemaskini bagi memastikan maklumat yang disalurkan adalah yang terkini.

Sekian, terima kasih.

A Zaidey bin Ibrahim
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Senibai.

Comments

Popular posts from this blog

Jemputan Ke Rumah Terbuka Aidilfitri