Kemudahan Sekolah

SK Senibai telah beroperasi selama 59 tahun yang mana pembaharuan dibuat bukan sahaja dari segi pembelajaran, malah dari segi fizikal sekolah. Ini bagi memastikan guru dan murid memberi sepenuh komitmen dalam sesi pembelajaran dan pengajaran serta keselesaan kepada semua pihak di SK Senibai. Berikut adalah antara kemudahan yang ada di sekolah ini;-

1. Dewan Seri Harmoni yang terletak di aras bawah Asrama Puteri. Dewan yang cukup selesa dan dihias indah. Boleh memuatkan lebih kurang 130 orang dan dilengkapi dengan alatan pembesar suara yang baik. Banyak program daerah diadakan di dewan ini.


2. Pusat Akses yang terletak di aras satu blok pentadbiran. Memuatkan 10 buah komputer dan digunakan oleh semua warga sekolah.



3. Bilik SALC yang terletak di aras satu blok pentadbiran. Di bawah jagaan Pengerusi Panitia Bahasa Inggeris. Bilik ini juga digunakan oleh murid - murid dan guru - guru dalam proses pengajaran dan pemelajaran.


4. Bilik Guru yang terletak di aras satu blok C. Di dalam bilik guru disediakan tempat perbincangan, bilik kaunseling dan sebuah stor.



5. Bilik Pemulihan terletak di aras 1 blok C berhampiran dengan bilik guru. Bilik dilengkapi pelbagai kemudahan untuk keselesaan murid - murid dan guru - guru.


6. Bilik Darjah; terdapat 6 bilik darjah disediakan di sekolah ini dan boleh memuatkan lebih kurang 45 orang orang murid dalam sebuah kelas. Bilik -bilik darjah dihias indah untuk keselesaan murid - murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


7. Makmal Kemahiran Hidup ini terletak di aras bawah blok B. Bilik yang serba lengkap ini digunakan oleh guru - guru yang mengajar subjek ini.


8. Terdapat sebanyak 10 buah tandas disediakan untuk kegunaan murid - murid dan guru - guru sekolah dan 2 buah tandas untuk Orang Kurang Upaya. Kebersihan tandas sentiasa diberi keutamaan oleh warga sekolah.



9. Laluan Patriotik terletak di aras satu blok C bersebelahan dengan bilik guru. Di sini dipamerkan gambar - gambar Perdana Menteri Malaysia pertama hingga kelima. Di laluan ini juga dipamerkan bendera, jata dan maklumat berkaitan semua negeri yang terdapat di Malaysia.



10. Sudut Warisan di letakkan di aras bawah bangunan pentadbiran iaitu di bahagian bawah tangga berhampiran dengan bilik gerakan. Terdapat bebarapa barang lama dipamerkan dan gambar - gambar berkaitan dengan Masyarakat Asli di Malaysia.



11. Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Senibai terletak di aras 2 bangunan pentadbiran. Sebanyak 13 buah komputer diletakkan di dalam makmal ini untuk digunakan oleh murid - murid dan warga sekolah.





12. Bilik Guru Perpustakaan dan Media terletak bersebelahan bilik perpustakaan. Segala kerja dan fail - fail berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah terletak di dalam bilik ini. Semenjak perpustakaan baharu ini digunakan bermula pada tahun 2004, prestasi pusat sumber sekolah sentiasa pada tahap yang baik.



13. Bilik perpustakaan sekolah terletak di aras tiga bangunan pentadbiran. Bilik perpustakaan dihias indah dan mempunyai sebuah pentas membaca. Troli khas pinjaman untuk murid - murid disediakan bagi memudahkan proses pinjaman buku perpustakaan. Perpustakaan dibuka dari pukul 7.30 pagi hingga 1.35 tengahari.







14. Bilik Tayang terletak di aras 3 bangunan pentadbiran dan bersebelahan dengan bilik perpustakaan. Bilik ini dilengkapi sebuah televisyen, sebuah vcd, sebuah OHP dan sebuah LCD. Boleh memuatkan lebih kurang 40 orang dalam satu - satu masa dan biasanya digunakan sebagai bilik pengajaran oleh guru- guru. Di bilik ini juga diletakkan cd - cd yang diterima daripada BTPN.



15. Bilik Gerakan terletak di aras bawah bangunan pentadbiran. Boleh memuatkan lebih kurang 30 orang ahli mesyuarat dalam sesuatu masa. Bilik ini dilengkapi dengan kemudahan LCD dan alat pendingin hawa.



16. Pejabat Sekolah terhias indah menanti kehadirin tetamu, pelawat dan sesiapa sahaja yang ingin berurusan dengan pihak sekolah. Pejabat sekolah terletak di aras bawah bangunan pentadbiran yang menempatkan bilik guru besar, bilik penolong kanan 1, bilik penolong HEM dan dan penolong Koko. Disediakan juga sebuah bilik kerja,dua buah bilik fail dan sebuah stor.


Popular posts from this blog

Jemputan Ke Rumah Terbuka Aidilfitri