Program Motivasi Murid Orang Asli UPSR 2017 dan Jati Diri Kesedaran Ibu Bapa Peringkat Luak Johol serta Sumbangan Barangan Keperluan Asas

Assalamualaikum dan Salam Sejatera.

Program Motivasi Murid Orang Asli UPSR dan Jati Diri Kesedaran Ibu Bapa Peringkat Luak Johol 2017 merupakan satu program yang telah dirangka dan dijadikan sebagai program tahunan SK Senibai. Program ini dijangka bagi memberi kesedaran kepada pelajar dan ibu bapa tentang kepentingan ilmu pengetahuan demi masa hadapan mereka.Program ini banyak menyumbang ke arah menyuntik semangat belaja para pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR.

Matlamat sebenar program motivasi ini adalah semata-mata untuk mencetuskan kesedaran di kalangan pelajar tentang peranan dan tanggung jawab mereka sebagai pelajar di samping menggalakkan pembabitan ibu bapa dalam membimbing anak-anak untuk belajar serta bertekad untuk lulus cemerlang dalam UPSR

Antara objektif bagi program ini adalah:-

1. Membimbing dan menyedarkan pelajar tentang tentang tanggungjawab mereka sebagai pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan.
2. Membimbing dan menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka membimbing anak-anak mereka semasa dirumah.
3. Mewujudkan pelajar yang mempunyai azam dan iltizam untuk lulus dengan cemerlang dalam UPSR serta mempunyai ketrampilan dan kewibawaan sebagai pemimpin dalam kumpulan mereka.
4. Memberi semangat dan kekuatan mentaliti dan emosi pelajar untuk menghadapi UPSR.




Nota: Untuk melihat gambar yang lain, sila ke bahagian Lensa SK Senibai

Comments

Popular posts from this blog